Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ibu Kantoi Libatkan Anak Dalam Pornografi Untuk Habuan


BUCHAREST - ROMANIA -  Seorang ibu tergamak menarik bayi perempuannya ke kancah pornografi dengan mendera bayi berkenaan secara seksual untuk tontonan di sebuah laman web dan juga aplikasi chatting.

Memetik laporan Metro.co.uk, ibu kepada dua anak itu berbuat demikian untuk habuan hampir £10,000 (RM 59,012.18).

Wanita terbabit ditahan setelah Biro Siasatan Persekutuan (FBI) membocorkan kegiatan wanita terbabit.

Saya terlibat dengan dunia ini ketika saya masih mengandung dan selepas saya melahirkan anak saya, saya buat keputusan untuk libatkan dia dalam dunia saya.

“Ada klien saya yang meminta saya untuk melakukan ‘sesuatu’ kepada bayi saya dan mereka sanggup bayar dengan harga yang tinggi,” kata ibu terbabit.

Pihak berkuasa U.S menjumpai gambar ibu terbabit mendera bayinya ketika menyiasat kes Brandon Gressette, yang ditahan tahun lalu kerana melakukan penderaan dan pornografi kanak-kanak.

Gressete
Pihak berkuasa Romania diberitahu bahawa wanita berkenaan aktif di internet dengan menggunakan nama samaran brunetelovex2 dan didapati menerima aliran wang dari Gressette menerusi Western Union.

Kemudian turut didapati ibu berkenaan menerima wang sejumlah £7,000 dari tujuh individu di USA, UK, Belgium dan Holland.

Ibu tersebut juga berkata dia percaya bayi terbabit tidak akan terkesan secara emosi kerana perkara itu kerana dia hanya 11 bulan.

Tambahnya lagi, dia tidak melibatkan anaknya yang berusia tiga tahun didalam aktiviti terbabit kerana dia sudah berusia dan mungkin terkesan jika terlibat dalam aktiviti terbabit. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli