Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Harimau Bintang Sanggup Bermandi Lumpur Tangkap Ikan Keli

No Comment


Johannesberg: Seekor harimau bintang sanggup bermandi lumpur untuk menangkan seekor ikan keli sehingga menyebabkan bintik di badannya langsung tidak kelihatan.

Gambar kejadian itu berjaya dirakam oleh renjer Hugo Breed di taman haiwan persendirian di Afrika Selatan, Leopard Hills.

Gambar terbabit memaparkan saat harimau terbabit menunggu sebelum terjun masuk ke dalam tasik untuk menangkap ikan.



Kami melihat harimau itu menunggu peluang sejak sehari sebelum itu. Kami menanti untuk melihat sama ada dia bernasib baik.

Memang kami semua bernasib baik kerana berpeluang melihat haiwan itu terjun ke dalam lumpur dan keluar sambil menggonggong ikan keli sebelum memakannya.

Nyata dia agak rimas dengan lumpur yang menyalutnya.

Lagipun semua spesies kucing memang haiwan pembersih,” katanya sebagaimana lapor Harian Metro. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli