Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hanya Kerana Tahi Kucing



KAMPAR, 3 Dis - Gara-gara kerana kucing, persengketaan antara dua jiran yang sudah melebihi 10 tahun memuncak apabila seorang lelaki berusia 52 tahun dipukul oleh jirannya di Taman Bandar Baru di sini.

Portal Sinar Harian melaporkan dalam kejadian yang berlaku pada 5 petang itu, mangsa cuba berbincang secara baik dengan jirannya setelah dia terkena tahi kucing ketika sedang mencuci tangan di belakang bengkel miliknya.

Namun, secara tidak semena-mena, mangsa dipukul bertalu-talu oleh jirannya yang berusia 54 tahun itu dengan sebatang besi sehingga menyebabkan mangsa menerima 22 jahitan selain cedera di belakang badan dan kaki.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Kampar.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata sebelum kejadian, mangsa mendapati jirannya membuang tahi kucing di belakang premisnya melalui lubang kecil sebelum terkena kepala mangsa.

Berdasarkan fakta kes, mangsa cuba berbincang secara baik namun suspek marah-marah dan mengambil sebatang besi terus memukul kepala mangsa. Rakan mangsa membawa mangsa ke hospital untuk menerima rawatan.

Kepala mangsa menerima 22 jahitan selain cedera di belakang badan dan kaki sebelum datang ke balai polis untuk membuat laporan,” katanya.

Siasatan lanjut mendapati bengkel kedua-dua mereka berada bersebelahan dan pertelingkahan itu berlaku disebabkan oleh tahi kucing di dalam dan luar premis mangsa.

Kita juga menerima laporan lain berkaitan. Bagaimanapun, tiada tangkapan dan rampasan dibuat setakat ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli