Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Had Laju Jalan Raya Diturunkan Dari 1 Hingga 16 Februari Ini



KUALA LUMPUR, 29 Jan: Kementerian Kerja Raya (KKR) akan mewartakan penurunan had laju bagi Jalan Persekutuan daripada 90 km/j kepada 80 km/j sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Bagi jalan negeri pula KKR mewartakan penurunan had laju dari 80 km/j kepada 70 km/j.

Arahan ini berkuatkuasa dari 1 hingga 16 Februari ini.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kapwari, PDRM dan JPJ akan melancarkan Ops Selamat ke-8 serta Ops Bersepadu dalam tempoh yang sama.

"Antara aktiviti utama penguatkuasaan JPJ pada kali ini adalah pemeriksaan ujian air kencing terhadap pemandu bas bersama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang akan dijalankan di 30 terminal bas di seluruh negara.

"Skop Ops Bersepadu ini juga membabitkan operasi penyamaran sebagai penumpang bas dan pemeriksaan bas di depot dan terminal," katanya sebagaimana lapor BH Online. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli