Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dua Produk Qu Puteh Ditarik : Dr. Vida Sedia Pulang Balik Wang Pelanggan


KUALA LUMPUR, 24 Jan — Berikutan penarikan balik dua produk Qu Puteh dari pasaran, pengasas produk tersebut, Datuk Seri Hasmiza berkata beliau akan mengembalikan wang pelanggannya.

Menurut Dr. Vida, pelanggan yang sudah membeli Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block boleh berjumpa pengedar atau hadir ke pejabat syarikatnya untuk mendapatkan kembali wang mereka.

Bayaran balik penuh tidak ada masalah. Mereka boleh datang ke kaunter kami.

Datang kepada pengedar atau pejabat Vida Beauty pun tidak apa,” katanya sebagaimana lapor The Malay Mail Online.

Kedua-dua produk terbabit ditarik balik dari pasaran selepas Kementerian Kesihatan Malaysia dan Brunei mengesahkan ia mengandungi merkuri.

Selain itu, Dr. Vida juga berkata pengguna tidak perlu risau menggunakan produk Qu Puteh yang lain.

Diharapkan pengguna semua tidak risau menggunakan produk Qu Puteh kerana yang lain melepasi piawaian (keselamatan) yang ditetapkan,” katanya.

Jelas Dr. Vida lagi, setakat ini masih belum ada pengguna yang mengadu menerima kesan sampingan dari produk Qu Puteh.

Tidak ada. Sebab itu, di saat macam inilah keluar (kontroversi ini) semua.

Saya tidak mahu perkara kecil ini menjatuhkan apa yang saya usahakan selama ini. Lagi pun ini bukan produk utama saya,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli