Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Dia Tak Sabar Nak Pulang ke Kampung" - Datuk

Foto : Harian Metro
Machang, 24 Jan: "Arwah cucu memaklumkan kepada neneknya, dia tidak sabar mahu pulang ke kampung kerana sudah empat tahun tidak berjumpa kami selepas menyambung pelajaran di Jordan", itu kata Salleh Mohd Yusoff, 78, datuk kepada salah seorang mangsa kemalangan di Mafraq Jordan baru-baru ini.

Mangsa, Hana' Azhar, 21, maut dalam kemalangan yang berlaku kira-kira 8.30 pagi waktu Jordan ( 2.30 petang waktu tempatan) semalam.

Dalam kejadian itu, tiga pelajar Malaysia dari Universiti Mu'tah, Jordan maut manakala dua lagi cedera.

Salleh berkata cucunya itu seorang pendiam namun rapat dengannya dan isteri, Badariah Mamat, 71.

Menurutnya lagi, dia mendapat tahu tentang apa yang terjadi selepas dihubungi oleh menantunya, Hartina Abd Ghani, 47.

"Selepas itu, pada jam 3 pagi, anak saya, Azhar memaklumkan bahawa dia mahu bertolak ke Mesir untuk menuntut jenazah Hana'.
"Saya tidak tahu cucu saya akan dikebumikan di mana kerana masih menunggu panggilan anak," katanya sebagaimana lapor Harian Metro. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli