Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Derita 3 Jam Tercucuk Jarum Mengait



China - Seorang kanak-kanak terpaksa menahan derita selama 3 jam apabila sebatang jarum mengait tercucuk terus dalam otaknya. Bagaimanapun, kanak-kanak itu bernasib baik kerana doktor berjaya membuat objek besi itu semalam.

Kanak-kanak yang berusia hampir tiga tahun itu dikatakan bermain di luar rumahnya di Nanchang, Wilayah Jiangxi semasa kejadian berlaku, lapor People's Daily Onlnie.

Ibu saudara kanak-kanak tersebut, Ms Yu, berkata kanak-kanak itu sedang bermain di luar ketika kejadian. Dia dan ibu kanak-kanak itu pula hanya berada beberapa meter dari kanak-kanak itu.

Apabila mengetahui apa yang berlaku, mereka menelefon syarikat akhbar tempatan untuk meminta nasihat ke mana harus mereka bawa kanak-kanak terbabit.

Mereka diberitahu untuk membawa kanak-kanak itu ke bahagian kecemasan di Second Affliated Hospital of Nachang University.

Menurut laporan akhbar tempatan, jarum terbabit melekat selama tiga jam sebelum kanak-kanak itu dibawa ke hospital.

Setelah imbasan x-ray, doktor mendapati jarum berkenaan telah masuk melalui soket matanya dan menembusi ke dalam otak.

Menurut doktor, operasi pembedahan bertambah sukar kerana jarum terbabit mempunyai lubang dihujungnya.

Kanak-kanak terbabit masih lagi di hospital dan tidak jelas sekiranya kejadian menyebabkan otaknya terjejas. - Siakapkeli.my





Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli