Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Datuk Seri Vida Kata, "Kalau KAFA Tak Mahu Ikut Syarat, Saya Taja Selangor"




Sehingga kini Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) masih belum membuat sebarang keputusan rasmi berhubung penajaan produk kecantikan Qu Puteh terhadap pasukan bola sepak negeri itu.

Namun pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Vida semalam berkata, beliau 'berminat' untuk menaja pasukan bola sepak Selangor jika KAFA enggan menurut dua syarat yang dikenakan terhadapnya.

"Secara lisan mereka setuju namun kalau KAFA tidak mahu ikut syarat saya, saya pergi taja Selangor," katanya memetik laporan di web Stadium Astro.

Dua syarat itu adalah menukar Stadium Sultan Muhammad IV kepada merah jambu dan nama baharu skuad Kelantan seharusnya didahului dengan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW).

Sementara itu pemain sayap Kelantan, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dilaporkan tidka kisah dengan syarat yang dikenakan Datuk Seri Vida kerana percaya ia tidak akan beri kesan negatif kepada sesebuah pasukan.

Beliau juga meminta penyokong melihat perkara ini secara meluas sebagai langkah meningkatkan prestasi bola sepak Kelantan.

"Kita pakai apa saja nama pasukan, jika penyokong dapat memberi sokongan sudah pasti Kelantan akan meraih kemenangan," ujarnya. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli