Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Datuk Seri Vida Cadang Buat Laluan Khas Penyokong Wanita Di Stadium Kalau Dapat Taja Kelantan




PETALING JAYA: Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman merancang untuk mengadakan laluan khas untuk penyokong wanita di Stadium Sultan Mohamed ke IV, Kelantan, sekiranya beliau menjadi penaja rasmi pasukan bola sepak negeri tersebut.

Itu merupakan sebahagian perancangan wanita yang juga dikenali sebagai Datuk Seri Vida jika Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bersetuju untuk menjadikan Qu Puteh sebagai penaja.

"Saya kena cantikkan (stadium)... mungkin kena ada ruang untuk perempuan sahaja di dalam stadium dan laluan khas untuk memudahkan mereka masuk. Saya akan pertimbangkan sehingga ke peringkat akar umbi apabila saya jadi penaja," katanya memetik mStar.

Malah langkah pertama untuk mentransformasikan jersi pasukan The Red Warrior kepada warna merah jambu juga perlu dilihat ramai pihak sebagai satu langkah positif.

"Tidak salah berbuat demikian. Ia warna fenomena di Eropah kerana kelab gergasi seperti Real Madrid turut mengenakan warna merah jambu sebagai warna jersi.

"Kita tengok Cristiano Ronaldo pakai jersi pink, menang lagi, macho pula tu, pink bermaruah dan memodenkan diri.

"Pembaharuan mungkin berlaku dalam The Red Warrior. Apa yang saya buat sebelum ini jadi fenomena kerana saya lakukan daripada akar umbi.

"Saya ada cita-cita besar terhadap pasukan ini, jadi (penyokong) kena berani terima perubahan yang pastinya akan menggembirakan mereka dan (perubahan ini) menjadi mercu tanda kepada Kelantan," katanya. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli