Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

DAP Isytiharkan Parti Islam SeMalaysia(PAS) Sebagai Musuh Utama


SHAH ALAM: Berikutakan kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad yang menganggap DAP sebagai musuh parti berkenaan, hari ini, Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim, telah mengisytiharkan pendirian parti itu di mana beliau menyifatkan PAS sebagai musuh utama.

"Dia (PAS) dah isytihar (sebagai musuh), kita sahut kerana kita pantang dicabar. "Dalam pentadbiran kerajaan negeri, kita bersikap profesional. Untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang, kita tetap menempatkan calon DAP bagi kerusi ditandingi PAS," katanya dipetik laporan Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Istiadat Angkat Sumpah dan Pengurniaan Watikah Pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Orang Besar Daerah Kuala Langat, Timbalan Mufti, Ketua Pendaftar Perkahwinan dan Perceraian dan Rujuk Orang Islam di Istana Kayangan di sini, pagi tadi yang di sempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Iskandar yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor sebelum ini berkata, PAS akan menjadikan DAP sebagai musuh pada PRU akan datang.

"Buat masa ini, kita akan tetap bekerjasama dan meneruskan kerjasama parti sehingga PRU akan datang," katanya.

Pada Ijtimak Pilihan Raya PAS Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor semalam, PAS menganggap DAP musuh terbaharu mereka. Ia berikutan tindakan DAP yang mahu meletakkan lapan calon di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) disandang PAS di Selangor pada PRU akan datang. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli