Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

DAP Ishtihar PAS Sebagai Musuh Utama



SHAH ALAM, 11 Jan: Naib Pegerusi DAP Selangor hari ini mengishtiharkan pendirian parti tersebut yang menyifatkan PAS sebagai musuh utama.

Datuk Teng Chang Khim berkata, ia susulan kenyataan dari Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad sebelum ini yang menganggap DAP sebagai musuh kepada parti berkenaan.

"Dia (PAS) dah isytihar (sebagai musuh), kita sahut kerana kita pantang dicabar.

"Dalam pentadbiran kerajaan negeri, kita bersikap profesional. Untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang, kita tetap menempatkan calon DAP bagi kerusi ditandingi PAS," katanya.

Sementara itu, Iskandar yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor berkata PAS akan menjadikan DAP sebagai musuh pada PRU akan datang.

"Buat masa ini, kita akan tetap bekerjasama dan meneruskan kerjasama parti sehingga PRU akan datang," katanya sebagaimana lapor Berita Harian.

PAS sebelum ini di Ijtimak Pilihanraya PAS Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor menganggap DAP musuh terbaru mereka apabila DAP bertindak mahu meletakkan lapan calon di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disandang PAS di Selangor pada PRU akan datang. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli