Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Cikgu Saya Tidak Ada Duit Lagi Nak Bayar, Cuma Ada RM60", Rayu Waris Pada Hari Pendaftaran


Tersentuh hati ini takkala membaca sebuah coretan di laman sosial yang dikongsikan oleh seorang guru yang namanya dirahsiakan mengenai pengalamannya semasa mengadakan orentasi untuk pelajar tingkatan 1 sekolahnya baru-baru ini.

Beliau yang merupakan guru kelas dan mengurus hal kewangan kelas menceritakan kisah semasa pendaftaran, menurutnya ada 5 orang bapa yang datang mendaftarkan anak tidak mempunyai pekerjaan.

Menurutnya, ada seorang bapa semasa pendaftaran merenung lama senarai yang perlu dibeli dan perlu dibayar iaitu kira-kira RM200.

"Cikgu, saya tak ada duit lagi nak bayar semua ni, nak bayar anak-anak lain lagi, ada yang darjah 1, ada darjah 4 dan ada darjah 6, semua 4 orang tapi dalam kocet saya cuma ada RM60 jer," katanya bapa itu.

Kerana kasihan, beliau beliau telah mencadangkan agar si bapa tersebut membeli barang-barang yang perlu dulu seperti lencana sekolah,RM3, tali leher, RM10 dan buku,RM12.

Kemudian datang seorang ibu memberitahu bahawa dia merupakan seorang surirumah dan suami tidak bekerja, jadi menurut guru berkenaan, kira-kira 6 orang yang menghadapi masalah untuk membayar pendaftaran pada hari tersebut.

Apa yang diceritakan oleh guru ini cukup membuatkan seorang insan normal rasa tersentuh, apa pun semoga keluarga ini tabah dan dimurahkan rezeki oleh yang Maha Esa, Terima Kasih cikgu kerana menceritakan hal ini kerana kita tidak tahu bahawa begitu ramai diluar sana yang tidak bernasib baik seperti kita disebalik tekanan sara hidup yang semakin meninggkat ini. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli