Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Charlie Hebdo Buat Hal Lagi, Hasilkan Kartun Hina Arwah Aylan Kurdi


Nampak majalah satira daripada Perancis, Charlie Hebdo masih lagi belum serik selepas pejabatnya telah diserang tahun lalu, terbaru majalah berkenaan telah melukis gambar kontroversi dan penghinaan kepada pelarian Syria yang terkorban.

Majalah tersebut telah menyiarkan gambar Aylan Kurdi yang ditemui mati lemas di tepi pantai dengan menyifatkan kanak-kanak itu sebagai pencabul di negara Jerman apabila besar nanti.


"Apakah akan jadi kepada si kecil Aylan jika dia membesar? (menjadi) pencabul di Jerman," bunyi kapsyen kartun tersebut.

Memetik laporan Al-Jazeera, gambar kartun berkenaan selepas berlakunya kes pencabulan di Cologne, Jerman di mana ia dipercayai dilakukan oleh imigran termasuk pelarian dari Syria.

Bagaimanapun itu bukanlah satu lesen yang membolehkan kanak-kanak berkenaan dihina sedemikian.

Ternyata kartun tersebut telah menimbulkan kemarahan netizen seluruh dunia termasuk mereka dari negara bukan Islam di mana mereka mengecam majalah tersebut.




- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli