Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Buaya Sambar Kaki Ketika Memancing, Pekerja Ladang Cedera Parah


LAHAD DATU: Seorang lelaki yang merupakan seorang pekerja ladang cedera parah selepas beliau dilaporkan telah diserang oleh seekor buaya ketika sedang memancing.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang itu, warga Indonesia, Sulle Buriah, 37, pekerja ladang kelapa sawit di FELDA Sahabat 39, bersama anak lelakinya berusia lapan tahun dikatakan sedang memancing di sebuah kawasan takungan air berhampiran Loji Jeragan Bistari di kawasan Felda tersebut.

Ketika memancing, tiba-tiba seekor buaya telah menyambar kakinya menyebabkan dia jatuh ke dalam kolam takungan air berkenaan.

Pengurus Ladang FELDA Sahabat 39, Shahalin Barahim berkata, penduduk yang berada di lokasi kejadian terus bergegas menarik keluar mangsa yang ketika itu sedang bergelut dengan buaya berkenaan.

"Mangsa yang patah tangan dan mengalami kecederaan di paha kanan dikejarkan ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya dipetik laporan Berita Harian.

Shahalin berkata, kolam takungan air berkenaan memang dihuni buaya, namun tidak pernah berlaku kes reptilia itu menyerang manusia. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli