Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Berita Kontroversi Kononnya Nike Mungkin Saman JDT, Portal Berita Tampil Minta Maaf Kepada TMJ


Berikutan penyebaran berita konon pihak pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim kemungkinan akan disaman oleh pihak jenama pakaian sukan terkenal dunia, Nike, kerana dikatakan JDT meniru video promo yang dihasilkan oleh pasukan Brazail tahun 1998, sebuah portal yang menulis berita berkenaan telah tampil memohon maaf kepada pasuka JDT dan Tengku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Menurut tulisan dari blog MYKMU berkenaan, pemohonan maaf ini dibuat kerana penulisan berkenaan telah menimbulkan polemik seolah-olah Nike telah menyaman pasukan JDT.

"Artikel tersebut hanya bertujuan menyatakan kemungkinan berlaku konflik perundangan hakcipta berikutan ada elemen tertentu menyamai klip video lama Nike."

"Bagaiamanapun kami difahamkan artikel tersebut telah disalah tafsir sebagai menuduh JDT menciplak klip video Nike dan menimbulkan tanggapan bahawa JDT dan TMJ telah disaman oleh Nike," kata portal berkenaan.

Kerana perkembangan ini, pihak MYKMU.NET telah menarik semula artikel tersebut bagi mengelakkan kontroversi terus merebak.

"Semoga pasukan JDT terus berkembang dalam arena bola sepak negara dan antarabangsa.

Sekali lagi pihak editorial MYKMU.NET merafak sembah memohon ampun kepada DYMM Tengku Mahkota Johor atas kontroversi ini," tulis portal pro Umno berkenaan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli