Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bayi Empat Bulan Meninggal Dunia di Taska

Foto : Sinar Online
GEORGETOWN - Seorang bayi empat bulan meninggal dunia ketika dibawah jagaan sebuah taska di Gelugor di sini pagi tadi.

Adik Nur Ariana Safiyyah dilaporkan mengalami sesak nafas ketika pengasuh mahu menukar pakaiannya.

Menurut bapa adik Nur Ariana, Mohammad Shauqi Zainondin, 26, anak sulungnya itu baru kali ketiga dihantar kesitu awal pagi tadi selepas isterinya habis cuti bersalin.

Shauqi yang dimaklumkan tentang perkara itu oleh isteri, Nur Farhana Ros Nazri, 26, kira-kira jam 8.30 pagi terus bergegas ke taska tersebut namun dia dimaklumkan anaknya sudah dibawa ke taska berhampiran.

"Ketika sampai, mereka (pengasuh) memaklumkan anak saya sudah lembik dan sesak nafas lalu terus membawanya ke klinik bagi pemeriksaan.

"Sebaik tiba di klinik, doktor memaklumkan anak saya sudah tiada," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Lebih menyedihkan lagi, Shauqi berkata beliau melihat terdapat darah kering pada hidung anaknya selain tompokan darah di baju.

Tidak berpuas hati dan mahukan kebenaran, Mohammad Shauqi membuat laporan polis dan meminta perkara itu disiasat oleh pihak polis.

Shauqi kesal kerana cubaan beliau untuk mendapat penjelasan tentang apa yang terjadi disudahi dengan panggilan yang tidak dijawab oleh pemilik taska.

"Memang saya reda dengan pemergian bayi kami namun sebagai bapa saya juga mahu keadilan sewajarnya," katanya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan kejadian tersebut.

Menurut beliau, hasil bedah siasat mendapati adik Safiyyah meninggal disebabkan radang paru-paru dan tiada unsur jenayah dikesan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli