Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bayi Dibuang Atas Bumbung Tempat Letak Basikal

No Comment


CHINA - Beberapa foto yang memaparkan seorang bayi yang baru sahaja dilahirkan dibuang di atas bumbung mengundang kemarahan netizen di China.

Netizen menyifatkan perbuatan ibu kepada bayi terbabit sebagai tidak berhati perut dan kejam.

Laporan dari NetEase menyebut, bayi tersebut dijumpai diatas bumbung tempat letak basikal di Huangyuan Road, bandar Jiangyou, Wilayah Shincuan.

Penduduk yang menemui bayi tersebut berkata dia pada mulanya menyangka ia adalah anak patung namun selepas diteliti, ia adalah bayi yang baru dilahirkan.

Sejak beberapa keping gambar bayi itu menjadi viral di media sosial, netizen meluahkan rasa terkejut  dan marah dengan apa yang berlaku.

Pelayar @tony820323 menulis,

"Melihat kepada senario ini saya benar-benar mahu menangis, menyedihkan. Badan kecil itu berbaring terdapat dalam kesejukan. Walaupun anda tidak mahu, sekurang-kurangnya tinggalkan dia di hospital.", tulis @tony820323

@xsjj22 pula menulis, "Wanita itu pada dasarnya telah kehilangan semua keupayaan untuk menjadi ibu yang baik." - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli