Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bauksit : SPRM Tahan 4 Kakitangan PTG, Jumpa Wang Disorok Dalam Mesin Basuh

Azam Baki
Kuantan, 7 Jan - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan empat kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kuantan, Pahang termasuk seorang pegawai kanan yang disyaki meminta serta menerima wang dari pelombong bauksit tidak berlesen di negeri ini.

Menerusi satu kenyataan di laman web rasminya, SPRM berkata pembayaran wang tersebut bertujuan bagi melindungi kegiatan haram pelombong tersebut supaya kegiatan mereka tidak diambil sebarang tindakan penguatkuasaan.

The Malaysia Insider melaporkan Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Dato Haji Azam bin Baki berkata pegawai-pegawai itu ditahan dirumah mereka di dalam operasi tiga jam yang berakhir pada 9 malam.

"(Ketika serbuan) Kami temui sejumlah wang yang banyak disorok  di dalam sebuah mesin basuh milik pegawai kanak, dipercayai adalah wang rasuah", kata beliau.

Nilai wang rasuah yang terlibat dalam kes ini lebih dari RM100,000.

Mereka yang ditahan berusia antara 30 dan 38 tahun itu ditahan reman seminggu bermula hari ini mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli