Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Barangan Berjenama LV, Coach Dan Rolex Antara Yang 'Disimpan' Di KLIA






KUALA LUMPUR: Tali pinggang Louis Vuitton, dompet Coach dan jam tangan Rolex adalah antara barangan berjenama yang direkodkan di Bahagian Lost and Found Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang tidak dituntut oleh pemiliknya.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah tulen atau sebaliknya.

Bahagian itu juga turut 'menyimpan' pelbagai lagi barangan lain, antaranya et TV, satu set kunci kereta Mazda, cincin emas, pemain DVD dan mainan BB-8 dari siri baharu filem Star Wars.

Memetik mStar, seorang pegawai bertugas Bahagian Lost And Found KLIA mahu dikenali sebagai Bryan, 32 memberitahu sebanyak 281 barangan direkodkan yang ditemui antara 4 Disember 2015 sehingga 3 Januari (semalam).

Bryan memberitahu sekiranya pemilik barangan itu tidak menuntut dalam tempoh sebulan, ia akan dihantar untuk dilupuskan.

Barangan beharga akan diserahkan kepada pihak Kastam dan bahagian keselamatan untuk tindakan pelupusan, manakala barangan seperti pakaian akan didermakan kepada badan-badan amal. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli