Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

#Bajet2016: Penjawat Awam Bakal Nikmati Kenaikan Gaji


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam perutusan khas Pengubahsuaian Bajet 2016 hari ini memberi jaminan penjawat awam akan terus menikmati satu Kenaikan Gaji Tahunan pada Julai nanti.

Menurut Perdana Menteri, kenaikan gaji tersebut adalah kekal seperti dalam peruntukan bajet 2016 yang lalu dan ianya tidak akan diubah demi menjaga kebajikan 1.6 juta penjawat awam di negara ini.

Dalam pada masa yang sama beliau menegaskan tidak akan memberhentikan mana-mana penjawat awam termasuk bagi yang dilantik secara kontrak.

Jelasnya, pengubahsuaian yang dilakukan tidak akan melibatkan emolumen kakitangan awam, pencen pesara dan tidak‎ akan menjejaskan mekanisme penyampaian kerajaan.


  • Caruman wajib Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh pekerja akan dikurangkan sebanyak 3 peratus dari Mac 2014 hingga Disember 2017. Sumbangan majikan kekal;
  • Pengecualian cukai individu sehingga RM2,000 bagi mereka yang berpendapatan RM8,000 sebulan dan ke bawah bagi tahun taksiran 2015;
  • Liberalisasi permit import bagi produk pertanian terpilih termasuk kopi dan daging;
  • Pasar tani baru yang dikenali sebagai MyFarm Outlet untuk menjual produk makanan pada harga 5-20 peratus lebih rendah daripada harga runcit;
  • Subsidi tunai RM50 bagi setiap satu tan padi mentah sebagai insentif kepada petani untuk menghasilkan beras;
  • Keluarga miskin tegar yang berdaftar akan menerima 20 kilogram beras setiap bulan;
  • Semua rumah baru berharga RM300,000 dan ke bawah hanya boleh dijual kepada pembeli rumah kali pertama;
  • Penerusan pinjaman rumah pada kadar faedah 4 peratus kepada 10,000 pembeli rumah yang membeli rumah berharga RM35,000 dan ke bawah.
  • Program pemberian BR1M & bantuan kebajikan terus dilaksana.
  • Kerajaan mengekalkan kadar GST seperti sedia ada.
  • Tiada pemberhentian penjawat awam termasuk kakitangan lantikan secara kontrak.
  • Pelaksanaan satu kenaikan gaji tahunan kepada penjawat awam pada tanggal 1 Julai 2016 diteruskan.
  • Tiada kompromi dalam agenda bumiputera;
  • Lebih banyak usaha yang perlu diambil untuk mengetatkan kawalan ke atas pengelak cukai;
  • Peruntukan untuk latihan bagi pekerja yang diberhentikan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli