Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Axia Mula Dilancarkan di Singapura..Dengan Harga RM231,827


Singapura, 13 Jan - Kereta Perodua Axia telah dilancarkan secara rasmi di Singapura oleh Perocom Auto, pengedar rasmi kereta Perodua di negara ini.

Perodua Axia mula diperkenalkan setelah kereta jenis 'hatchback' itu dilancarkan pada September 2014 di Malaysia. Di Singapura, Axia dijual pada harga SGD$75,888 atau RM 231,827.

Dengan wang tersebut, pembeli akan mendapat Perodua Axia 1.0 Advance (AT) yang juga merupakan Axia yang paling tinggi spesifikasinya.

Jika dibandingkan harga, Axia yang sama dijual pada RM41,967(solid) atau RM 42,377 (metallic) di Malaysia(OTR dengan insuran).

Dari segi 'power', Axia tersebut juga didatangkan dengan enjin 1KR-DE2 1.0L dengan keupayaan 66 hp pada 6000 rpm dan 90 Nm torque pada 3600 rpm.

Bagaimanapun, harga yang disenaraikan termasuklah cukai GST Singapura dan Certiface of Entitlement (COE), sehingga menjadikan harga terbabit begitu tinggi. Bagaimanapun, setiap pembelian didatangkan dengan 5 tahun/100,000 km waranti ditambah dengan servis penyelenggaraan percuma untuk 5 tahun/100,000 km.

Sebagai tambahan, sekiranya pembeli mendaftarkan keretanya sebagai kereta bukan waktu puncak (OPC), harga terbabit boleh dikurangkan kepada $GD$17,000 (RM51,925). Dengan berbuat sedemikian, pembeli boleh mendapat rebat COE sebanyak SGD$40,000 (RM122,177).

Paultan.org melaporkan, berdasarkan pemerhatian mereka di Carbase.my, pembeli di Singapura boleh mendapatkan Mazda MX-5, BMW 120i M Sport, Volvo S60 1.6 T4, Subaru WRX 2.0 CVT ataupun Mercedes-Benz A 200 dengan harga yang sama di Malaysia. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli