Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Apek Senario Luah Rasa Terharu, Dedah Ada Rancang Buat 'Comeback'


Nama kumpulan lawak Senario mungkin sudah tidak sepopular dahulu lagi jika dibandingkan dengan rancangan-rancangan lawak terkini.

Malah mungkin ada dalam kalangan kanak-kanak kini yang tidak pernah tahu siapakah "Senario".

Namun bagi mereka yang lahir pada era 80-90 an, nama kumpulan ini mungkin masih segar lagi dalam ingatan kerana mereka membesar bersama hiburan-hiburan mencuit hati yang dibawa oleh kumpulan ini.

Baru-baru ini, laman Facebook Siakapkeli Press ada berkongsi beberapa gambar kumpulan tersebut di wallnya.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizens yang rata-rata mahukan kumpulan Senario 'kembali' ke arena seni tanah air.

Salah seorang ahli kumpulan Senario, Saiful Apek berkongsi gambar-gambar tersebut dan membuat luahan rasa terharunya kepada peminat-peminat yang masih mengingati mereka di Facebooknya.

"Terima Kasih pd semua yg komen, masih support & sentiasa cerita kebaikan kami. ", tulis Apek.

Apek juga berkata Senario sememangnya ada membuat perancangan untuk membuat 'comeback' tapi tidak lagi menggunakan nama 'SENARIO' kerana ia bukan hak milik mereka.

"sbagai 'pengubat rindu' & memenuhi permintaan ramai, mmg dah lama kami buat perancangan comeback tp tidak lagi menggunakan nama 'SENARIO' sbb ianya semua hakmilik TV3, d mana sebelum2 ni kami juga sudah cadang & sarankan beberapa kali tp masih tiada respond positif hinggalah skrg."

Namun Apek juga berkata comback yang mereka rancangkan adalah dalam bentuk persembahan atau program TV.

"comeback kami ni juga adalah dlm bentuk persembahan / program tv (bukan dlm bentuk pertandingan). sama2 kita doakan, agar kami juga dpt melepaskan kerinduan utk bersama2 b'gabung semula utk merealisasikan segalanya, selagi kami masih sihat & masih ada. IN SHAA ALLAH "

Terima Kasih pd semua yg komen, masih support & sentiasa cerita kebaikan kami. sbagai 'pengubat rindu' & memenuhi...

Posted by Saiful Apek on Thursday, 14 January 2016
- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli