Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Afdlin Shauki 'Pelik' Mengapa Tajaan Perlu Ubah Budaya Sesebuah Pasukan




Jumaat lalu, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Vida Beauty memeterai perjanjian penajaan berjumlah RM16 juta bagi pasukan negeri itu selama dua musim.

The Red Warrior (TRW) kini dikenali sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warrior (PQP TRW) sebagai salah satu syarat perjanjian penajaan tersebut.

Bagaimanapun perkembangan terbaru dalam arena bola sepak negara, terutamanya Kelantan kurang disenangi oleh artis Afdlin Shauki.



Memuatnaik luahannya di laman sosial Facebook, Afdlin mempersoalkan mengapa keputusan sesuatu penajaan itu perlu merubah identiti sesuatu pasukan bola sepak itu.

Kenyataan tersebut menerima sedikit kecaman daripada pengikut Afdlin di Facebooknya apabila ada yang mengatakan itu adalah hak Datuk Seri Vida sebagai penaja utama, selain berpendapat itu sahaja inisiatif yang ada pada KAFA untuk menyelamatkan pasukan negeri. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli