Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Adun Kedah Dakwa Diburu Dan Dipaksa Untuk Sokong Pecat Mukhriz


Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Sarif mendedahkan didakwa telah dipaksa menyokong kumpulan penentang yang mengatur rancangan menyingkirkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, lapor portal Malaysian Insider.

Portal Malaysian Insider juga melaporkan, adun tersebut memberitahu yang beliau diburu dan dipaksa semata-mata untuk menolak Mukhriz dan menjatuhkan menteri besar penggal pertama itu.

"Saya amat mengenali menteri besar kita, saya lakukan apa sahaja demi untuk mengekalkan Datuk Mukhriz walaupun saya tak sehebat pegawai sekeliling. Kita ada tugas dan tanggungjawab saya sebagai Adun untuk pertahankan Datuk Mukhriz.

 "Saya lari, saya hilang, hampir-hampir jatuh di laut, diburu semata-mata nak dapatkan sesuatu daripada saya," kata Abu Hassan sambil menangis di hadapan orang ramai semasa program bagi menyatakan sokongan kepada Mukhriz di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam malam tadi.

Memetik laporan itu, Abu Hassan tidak menjelaskan mengapa beliau diburu, namun berdasarkan sumber mendedahkan kira-kira 19 orang Adun telah pun menandatangani akun bersumpah (SD) untuk menolak kepimpinan Mukhriz.

Beliau yang sudah 5 penggal bergelar ADUN berkata, beliau sangat sedih mengenangkan apabila seorang pemimpin yang disanjung rakyat akan digulingkan dengan begitu hina sekali.

"Saya menangis, saya tak pernah menangis depan anak dan isteri. Kita ada lelaki ada ego tapi di sini saya menangis depan anak saya, depan rakan saya menangis.

"Bagaimana orang yang ikhlas, jujur dan amanah, tidak mempunyai moral dan akhlak tidak baik, bertanggungjawab, tak amal rasuah, pemimpin yang boleh majukan masyarakat, rakyat dan negeri Kedah ini, tiba-tiba beliau akan digulingkan dalam keadaan yang amat menyedihkan, saya tidak reda," katanya.

Beliau dalam pada itu mendedahkan semalam Presiden UMNO, Datuk Seri Najin Razak telah memanggil semua Adun Kedah bertemunya di Putrajaya.

Dalam pertemuan itu, beliau dikatakan telah membuat rayuan kepada Najib supaya Mukhriz dikekalkan sehingga habis penggal.

"Beri masa, saya kata kepada PM, beri masa kepada Mukhriz, kalau nak buang dan ganti pun tunggu habis penggal.

"Biar beliau jalankan tugas dan kita nak pastikan Datuk Mukhriz memang pemimpin yang disukai rakyat dan bukan cakap kosong," katanya.

Beliau juga dilaporkan telah menasihati rakan-rakannya supaya memikirkan mengenai masa depan UMNO dan bukan semata-mata mengejar habuan dan jawatan.

"Jangan kita lari nak habuan dan pangkat, tapi hari ini orang lari takut hilang pangkat dan juga sekarang ini orang lari nak kejar pangkat, nak jadi exco, nak jadi menteri, nak jadi menteri besar," katanya dipetik dari Malaysian Insider. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli