Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ada Segelintir Pelajar Universiti Sanggup Berlapar Makan Megi Sambil "Update" Status Guna Iphone 6


Jika sebelum ini pelbagai kisah kita dengar, suka duka pelajar universiti yang menuntut ilmu, memang diakui berdasarkan pengalaman admin sendiri yang terlibat dalam bidang ini di mana memang ada diantara mereka yang memang tidak berduit, hanya bergantung harap kepada wang bantuan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) semata-mata.

Bahkan, ada antara mereka terpaksa membantu keluarga di kampung dengan wang berkenaan kerana terlalu susah kerana ada adik beradik masih bersekolah.

Apapun, itu bukanlah motif artikel ini ditulis, apa yang diketengahkan kali ini adalah ada segelintir pelajar universiti yang 'susah' hanya makan mee segera untuk hidup tetapi sambil makan mee segera boleh layari Facebook dan update menggunakan iPhone 6 gambar-gambar makanan yang pernah dicuba di restoran hipster yang kita ketahui air sirap sahaja pun dah sama harga dengan makan tengah hari di warung.

Dengar sahaja iPhone 6 kita yang bekerja ini pun tidak mampu hendak beli, tetapi bagaimana mereka ini boleh sekaya atau lebih berduit daripada orang yang bekerja sedangkan harga gajet berkenaan mencecah RM2400 dan keatas mengikut spec yang ditawarkan.

Sedangkan ada antara golongan ini sebenarnya bukanlah dari keluarga yang berada.

Berikutkan perkembanga muktahir ini, seorang mahasiswa bernama Mohammad Asyraf Khalib telah berkongsikan di laman Facebooknya mengenai segelintir pelajar-pelajar ini.

Apa yang ditulisnya tidak ditujukan kepada semua pelajar, tetapi kepada segelintir mereka yang sudah pasti akan terasa apabila membacanya.

Nota: BUKAN SEMUA mahasiswa sama macam yang diceritakan dalam post ini. Hanya sebilangan kecil sahaja. Barangkali cuma 3/10 (mungkin). Segala isu dan peristiwa yang diselitkan adalah sekadar analogi semata-mata. Maka, yang baik ambillah simpan, yang buruk jadikan sempadan supaya kita tak berbuat perkara sedemikian kelak. Jangan lekas melatah. Moga Allah redha dan ampunkan dosa kita semua.

Amaran: POST INI TIDAK BOLEH apply untuk semua universiti sebab yuran, perbelanjaan dan pinjaman kewangan setiap universiti nyata berbeza. Jika ia tidak berkenaan dengan anda sila abaikan kenyataan umum ini.

Elakkan guna kenyataan ini untuk tujuan mempersenda mana-mana mahasiswa. Ini bukan ruang debat. Kalau ada cadangan cara untuk urus perbelanjaan, nasihat berguna, kata kata semangat untuk kami mahasiswa. Silakan. Mohon dahulukan adab.
_________________________________________________________________________________

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli