Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

4 Suspek Anggota IS Berjaya Ditangkap, Seorang Mengaku Hendak Serang Malaysia


KUALA LUMPUR: Pihak polis telah berjaya menahan empat rakyat Malaysia yan dipercayai mempunyai kaitan dengan Negara Islam (IS) di mana mereka telah ditahan sejak Isnin lalu hingga semalam, termasuk seorang daripadanya merancang melancarkan serangan berani mati di negara ini dipetik laporan Berita Harian.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata tiga orang suspek yang ditahan terdiri daripada sepasang suami isteri yang berasal dari Terengganu dan Perak berusia antara 23 dan 28 tahun, ditahan di Gaziantep, Turki, 15 November lalu oleh pihak berkuasa negara itu kerana cuba menyusup masuk ke Syria untuk menyertai IS.

Mereka telah dihantar pulang ke Malaysia oleh pihak berkuasa Tukri dan ditahan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

"Siasatan mendapati mereka direkrut oleh Muhammad Wanny Mohamamed Jedi@Abu Hamzah, iaitu rakyat Malaysia yang menyertai militan IS di Syria, melalui Facebook dan aplikasi Telegram. 

"Beliau (Muhammad Wanndy) juga bertanggungjawab merancang penyusupan masuk semua suspek itu ke Syria," katanya dalam satu kenyataan dipetik laporan Berita Harian.

Selain itu, seorang suspek lagi yang berusia 28 tahun yang berasal dari Terengganu yang merupakan seorang anggota IS telah berjaya ditahan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa di sini, semalam.


Menurut Khalid, suspek dikatakan telah mengaku merancang untuk melakukan serangan berani mati di negara ini selepas menerima arahan daripada anggota IS warga asing di Syria.

"Suspek juga dikenal pasti sebagai individu yang bertanggungjawab menggantung bendera IS di beberapa lokasi sekitar Terengganu, Perak, Selangor dan Johor bagi memberi peringatan kepada kerajaan supaya menghentikan operasi penangkapan ke atas anasir IS di Malaysia," katanya.

Semua tangkapan itu dilakukan mengikut Bab VIA iaitu kesalahan berkaitan keganasan Kanun Keseksaan dan disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli