Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(2 Gambar) Kad Jemputan Kahwin Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin


Petang semalam, pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin telah pun mengumumkan akan melangsungkan majlis perkahwinan mereka pada 8 Februari ini yang sekaligus menjawab persoalan status sebenar hubungan mereka.

Berita tersebut nampaknya menerima pelbagai reaksi daripada peminat di mana ada yang menyatakan perasaan gembira dan ada yang tidak puas hati kerana Sam dan Syatilla menyembunyikan tentang hubungan mereka.

Apapun yang penting, pasangan ini akan diijabkabulkan nanti, apa yang menarik , majlis perkahwinan Sam dan Syatilla nanti telah menerima tajaan RM25 juta yang membabitkan barang kemas bernilai RM20 juta dan RM5 juta lagi membabitkan persiapan majlis seperti pakaian, dekorasi, pelamin dan cenderahati.

Dalam persiapan yang rancak dilakukan untuk bakal raja sehari ini, kad kahwin pun sudah mula diedarkan sejak petang semalam.

Boleh tahan cantik dan mewah juga kad jemputan kahwin berkenaan di mana didalam kad tersebut terdapat Nukilan kata ibu Sam dan ibu Syatilla.



Kad eksklusif ke majlis resepsi berkenaan didatangkan dalam dua warna dimana hitam putih bagi sebelah lelaki.

Majlis nikah pasangan itu akan berlangsung di kediaman Syatilla di Nibong Tebal, Pulau Pinang disusuli majlis resepsi sebelah pihak perempuan pada 9 Februari di Bukit Jawi Golf Club, Pulau Pinang.

Majlis resepsi sebelah pihak Sam pula akan diadakan pada 14 Februari di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur dan majlis meraikan peminat pada 20 Februari. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli