Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

2 Banduan Lanjut Pengajian di Peringkat PhD



KOTA BHARU, 24 Jan: Biarpun sedang menjalani hukuman penjara, dua orang banduan kini sedang mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD).

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar, pihaknya melakukan kolaborasi bersama beberapa universiti tempatan bagi membolehkan banduan melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi.

"Sebelum ini, banduan diberi peluang melanjutkan pengajian dalam bidang sarjana, sarjana muda dan diploma.

"Mulai tahun ini, ada dua banduan melanjutkan pengajian ke peringkat PhD," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Menjelaskan lagi perkara itu, Zulkifli berkata banduan yang diberi peluang untuk melanjutkn pelajaran adalah merek ayang tidak melakukan kesalahan berat.

Tambah beliau juga, seramai 10 banduan kini sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana dan kira-kira 60 banduan melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda.

"Program melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi dalam kalangan banduan itu bertujuan menghakis pandangan tidak baik masyarakat terhadap bekas banduan.

"Walaupun mereka sudah pulih dan bebas dari penjara, mereka sukar mendapat kerja. Dengan program ini, diharap banduan yang memiliki taraf pendidikan tinggi itu mampu memulihkan minda mereka dan mendapat peluang kerjaya lebih baik," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli