Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Warga Emas 91 Tahun Hilang Sejak 4 Disember Ditemui

No Comment
Foto : Sinar Online.
BALING - Kehilangan warga emas berumur 91 tahun yang dilaporkan hilang selama 48 jam berkesudahan dengan penemuan warga emas itu di kawasan semak dan berpaya dalam keadaan tidak bermaya pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Mohd Sufian Alias berkata warga emas itu ditemui dalam keadaan terlentang dengan keseluruhan badan di dalam air kecuali bahagian muka.

"Mangsa ditemui dalam keadaan terlentang dan kesejukan yang melampau serta tidak bermaya di dalam parit berair paras betis di kawasan paya," katanya memetik laporan Bernama.

Sufian menzahirkan rasa kagumnya kerana mangsa, Wa Yah Wa Nik dari Kampung Caruk Bakong dapat bertahan dalam keadaan demikian walaupun lemah dan kesejukan.

"Mangsa dihantar ke Hospital Baling untuk rawatan lanjut walaupun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Misi mencari dan menyelamat mangsa berjalan selama tiga hari dan turut melibatkan anggota polis, JPAM dan penduduk. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli