Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Tersilap Umum Pemenang, Miss Universe 2015 Jadi Kecoh


Pertandingan pertandingan ratu cantik Miss Universe 2015 menjadi sedikit kecoh apabila pengacara pertandingan itu, Steve Harvey, yang juga seorang pelawak, tersalah menyebut nama pemenang Miss Universe 2015.

Akibat dari kesalahan itu, penonton-penonton rancangan tersebut terpaksa menyaksikan sendiri detik menyayat hati mahkota Miss Universe 2015 diturunkan dari salah seorang peserta rancangan tersebut.



Selama dua minit, air mata peserta dari Colombia bercucuran apabila dia diumumkan pemenang oleh Steve Harvey. Namun keadaan menjadi kecoh apabila Steve Harvey berkata ianya adalah satu kesilapan.

Ketika Miss Columbia itu sedang meraikan kemenangannya dengan penonton-penonton, Steve Harvey berkata sebenarnya pemenang pertandingan itu adalah Miss Philipines, Pia Alonza Wurtzbach.



Steve Harvey, yang kelihatan malu dengan kesalah tersebut memberitahu : "Semua orang, saya perlu meminta maaf'.

"Naib johan adalah... Colombia".

"Miss Universe 2015... adalah Miss Philipines".

Steve Harvey kemudian mengakui kesilapan itu terjadi kerana kecuaiannya.

"Saya akan bertanggungjawab atas (kesilapan) ini, ia adalah kecuaian saya

"Saya boleh tunjukkan bukti di sini, naib johan adalah Colombia, ia adalah kecuaian saya, malam ini masih malam yang terbaik.", kata Harvey.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli