Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Pakar Dedah Teknik "The Hold" Untuk Hentikan Bayi Dari Menangis Dengan Serta Merta

One Comment

Setiap ibu bapa pasti pernah merasa pengalaman cemas apabila bayi mereka menangis. Dan setiap kali bayi menangis, mesti pelbagai aksi & cara yang dilakukan oleh ibu bapa untuk menenangkan bayi mereka dari menangis.

Seorang pakar kanak-kanak Amerika berkata beliau telah menemui satu cara ajaib untuk memegang bayi seterusnya membuat bayi tersebut berhenti menangis.

Dr. Robert C Hamilton dari Santa Monica, California, berkata teknik itu, yang digelar sebagai "The Hold", tidak pernah gagal dari membuat bayi berhenti menangis.


Dr. Hamilton berkongsi tekniknya itu di chanel Youtubenya pada Ahad dan dalam masa tiga hari, videonya itu ditonton lebih dari sejuta kali.

Dr Hamilton, yang sudah menjadi pakar kanak-kanak selama 30 tahun, menunjukkan teknik tersebut di dalam video itu.

Teknik The Hold

1 - Terbalikkan bayi (seperti gambar dibawah)



2 - Lipatkan kedua-dua tangan bayi



3 - Pegang bahagian punggung bayi dengan tangan kanan


4 - Dodoikan bayi secara lembut pada 45 darjah (dan sokong bahagian dagu bayi).


Bayi-bayi di dalam video tersebut dilihat sangat selesa dan berhenti menangis serta merta setelah dipengang oleh Dr. Hamilton dengan teknik The Hold.


"Kesemua yang kamu buat mesti dibuat dengan lembut, kamu tak mahu membuat sebarang gerakan mengejut", nasihat Dr Hamilton.

Dr Hamilton juga menasihatkan supaya menggunakan bahagian tangan berisi (tapak tangan) untuk memegang bayi dan bukan dengan jari.

Menurut Dr. Hamilton, teknik ini sesuai untuk bayi yang berumur sehingga 3 bulan memandangkan berat bayi yang semakin berat. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 1 ulasan )
  1. ..... memandangkan berat bayi yang semakin BERTAMBAH laa admin ;-)

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli