Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) "Kalau Tok Arab Tu Gila Pun Dia Takkan Bagi Duit RM2.6 Bilion," - Tun Mahathir


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menggesa supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Presiden UMNO supaya menjelaskan kedudukan kewangan parti berkenaan.

"Saya nak tahu adakah terdapat duit RM2.6 Bilion tersebut, kalau tidak ada, di mana wang tersebut,?" katanya ketika berucap di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, di sini, malam tadi.

Beliau dalam pada itu, mempertikaikan jawapan yang diberikan sebelum ini yang mana mengatakan duit RM2.6 bilion tersebut adalah derma.

"Saya ingat kalau tok arab itu gila pun dia tidak akan bagi banyak itu," kata sinis beliau yang mendapat sorakan dan tepukan hadirin.

Menurut Tun Maharthir lagi, beliau sebelum ini pernah menulis surat meminta 'derma' daripada negara arab untuk membina Universiti Islam Antarabangsa (UIA), namun negera arab tidak memberikan sebarang bantuan dana melainkan sedikit kitab. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli