Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) Ibu Mengamuk Celup Dan Tolak Anak Dalam Sungai Kerana Dapat Markah Teruk


GUANGDONG,CHINA: Seorang ibu meluahkan rasa marahnya kepada si anak dengan bertindak menghukum anaknya dengan menolak dan mencelup anak perempuannya di dalam sungai.

Rakaman video kejadian berkenaan telah tersebar dan rata-rata netizen di China mengecam tindakan ibu tersebut yang dianggap keterlaluan.

Video tersebut menunjukkan aksi si ibu memarahi anaknya di tepi sungai di Chaozhou kerana mendapat markah rendah di dalam ujian di sekolah.

Berdasarkan video, wanita tersebut dilihat menolak mangsa ke dalam sungai sebelum mengangkatnya kembali.

Kejadian berkenaan disaksikan oleh ramai orang tetapi tiada yang cuba menghalang tindakan wanita tersebut.

Menurut seorang saksi, wanita tersebut memberitahu, anaknya mengugut untuk membunuh diri setiap kali beliau mahu mengajarnya di rumah.

"Dia kemudiannya memarahi orang ramai yang melihat kejadian tersebut kerana mendakwa kami tidak tahu kesusahan membesarkan anak'," ceritanya.

Beberapa minit kemudian kedua-dua beranak tersebut beredar dari lokasi berkenaan, difahamkan sungai berkenaan tidak terlalu dalam tetapi arusnya kuat. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli