Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Dua Pintu Masuk Hospital Damai Melawati Disimbah Cat Awal Pagi Tadi



Pintu masuk Hospital Damai (Melawati) telah disimbah dengan cat putih oleh empat orang lelaki tidak dikenali pada awal pagi ini.

Kejadian ini disahkan oleh Pengurus Kewangan dan Pentadbiran hospital itu, Regina Sundram di mana menurutnya kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 3:30 pagi oleh empat orang lelaki yang membaling dua baldi cat putih di dua pintu masuk berasingan.

"Ia berlaku sangat cepat, dalam masa satu minit. Terdengar bunyi yang kuat, ketika saya berlari keluar untuk melihatnya, mereka telah pergi," katanya dipetik dari Malaysiakini

BACA: Kerana Tutup Aurat, Jururawat Dakwa Didiskriminasi Oleh Sebuah Hospital Swasta

Insiden berkenaan berlaku selepas kejadian kontroversi melibatkan seorang bekas jururawat hospital berkenaan, Naziah Sauni Samat mendakwa dia telah dipecat kerana bekerja dengan memakai pakaian menutup aurat.

Bagaimanapun pihak Hospital Damai melalui Regina telah menafikan pemecatan Naziah kerana pakaiaannya tetapi kerana masalah disiplin iaitu tidak datang bekerja selama dua hari tanpa sebab. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli