Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Vape : Individu Pertama Didakwa di Mahkamah

One Comment


KOTA BHARU, 15 Dis  - Seorang peniaga berusia 27 tahun menjadi individu pertama di Kelantan yang didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu berikutan kesalahan yang membabitkan penjualan cecair vape.

Muhd Azahar Safie bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.

Muhd Azahar didakwa memiliki cecair racun jenis nikotin sebanyak 518 milimiter di sebuah premis di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini pada 11.15 malam pada 5 November lalu.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 9(1) Akta Racun 1952.

Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.

Berikutan penafian oleh tertuduh, kes ditangguh pada tarikh sebutan semula pada 14 Januari depan dan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM2,000. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 1 ulasan )
  1. Memulakan haramkan dulu vape, pastu boleh teruskan dengan rokok dan sebagainya yang haram. Vape ini benda baru, jadi ianya masih elok utk dihentikan. Lagi pula sudah ada yang advance utk jadikan satu cara utk ambil dadah dengan penggunaan vape. Bahaya. Lagi² bila saya sendiri pernah lihat dengan mata saya, pelajar seawal 10 - 11 tahun sudah ada vape sendiri dan sudah pandai ke kedai utk memilih flavor sendiri. Itu anak orang lain, bagaimana anak kita sendiri? Saya seorang ibu jadi sgt merisaukan saya sekiranya ianya berlaku pada anak saya sendiri nanti. Jadi kita cuba terima pengharaman ini dengan positif.

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli