Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tuan-Tuan Jaga Kami, Kami Akan Jaga Tuan-Tuan, Ucapan PM Kepada Ketua-Ketua Kampung


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini adalam satu ucapannya berjanji kepada ketua kampung di seluruh negara bahawa kerajaan akan menjaga mereka jika mereka menjaga kerajaan.

Memetik laporan Malaysiakini, ikrar berkenaan telah dibuat oleh Najib selepas melancarkan seminar pemantapan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di PWTC, Kuala Lumpur, petang tadi.

Kata-kata berkenaan membuatkan ramai netizen terigat kembali ucapannya beliau sebelum ini semasa pilihan raya kecil Sibu pada tahun 2010 di mana beliau berkata “anda tolong saya, saya tolong anda”.

Beliau juga berkata, sekuat mana sekalipun ketua-ketua kampung bertempik di dalam dewan, penyudahnya ialah waktu pilihan raya umum.

“Waktu itulah kata putus sama ada kerajaan hari ini dapat mandat untuk menguruskan pentadbiran negara.

“Kalau kita sayang kepada kerajaan, kalau tuan-tuan hendak kita jaga tuan-tuan, tolong jaga juga kami, untuk kami menjaga tuan-tuan,” katanya yang disambut sorakan kuat dan gelak ketawa. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli