Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Timbalan Menteri Arah Pemandu Hentikan Kereta Untuk Bantu Mangsa Kemalangan

No Comment

Seremban, 24 Dis: Tindakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan mencuri tumpuan ramai pihak apabila beliau membantu mangsa kemalangan di Kilometer 8 Lebuhraya Seremban-Port Dickson di sini hari ini.

Ahli Parlimen Tapah itu dilaporkan dalam perjalanan ke Bukit Pelandok, Port Dickson mengarahkan pemandunya agar memberhentikan kenderaan ketika kejadian.

Saravanan kemudian bersama pengguna jalan raya yang lain membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

"Dalam kejadian itu, empat individu tersepit dalam kenderaan apabila kereta dinaiki hilang kawalan dan terbabas.

"Bagaimanapun semua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan," kata sumber polis. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli