Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tiga Daerah Di Sabah Diramal Akan Terkena Tempias Taufan Melor

No Comment

KOTA KINABALU: Pihak Jabatan Metreologi Malaysia meramalkan bahawa Sabah kemungkinan akan menerima tempias Taufan Melor yang membawa angin kencang dan hujan lebat serta boleh menyebabkan banjir kilat, khususnya di Kudat dan pantai barat negeri ini.

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tusin berkata, Taufan Melor kini sedang mendekati kawasan tengah Filipina dan diramal akan memberi kesan kepada tiga buah daerah di Sabah ini.

"Tempias Taufan Melor ini akan menyebabkan angin kecang dengan kelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam dan hujan lebat terutama di kawasan pantai selain menyebabkan laut bergelora dengan ketinggian mencapai 3.5 meter di Laut Sulu dan Laut China Selatan."

"Kita sedang memantau pergerakan taufan itu yang kini menghala ke arah barat dan menjangkakan akan berlaku hujan lebat di kawasan pantai, khususnya di Kudat, pantai barat dan pedalaman disebabkan tempiasnya pada 17 dan 18 Disember ini.

"Berikutan itu, kita meramalkan berlaku banjir di kawasan terbabit, namun cuma banjir kilat disebabkan hujan lebat dan bukan banjir musim tengkujuh akibat musim Monsun Timur Laut ketika ini," katanya dipetik laporan Berita Harian. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli