Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tiada Larangan Penjualan Vape Di Melaka





MELAKA: Kerajaan negeri mengambil pendirian bahawa aktiviti penjualan peralatan vape dan cecairnya tidak menyalahi undang-undang.

Malah lesen operasi penjualannya akan dikeluarkan kepada peniaga yang terlibat selagi mana kerajaan pusat tidak mengeluarkan sebarang pengharaman produk berkenaan.

Ketetapan itu diambil menerusi satu kajian terhadap penjualan rokok elektronik berkenaan di negeri itu, demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Ismail Othman.

"Terdapat jumlah kecil usahawan muda menceburi bidang perniagaan itu dan kita tidak mahu melemahkan semangat mereka dengan mengenakan larangan.

"Kami akan terus memberi mereka peluang untuk menjana pendapatan tetapi mereka perlu mematuhi sebarang undang-undang baru, termasuk larangan, jika diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan," katanya pada Sabtu.

"Oleh itu, kita tidak keberatan menghulurkan tangan bagi membantu sehingga undang-undang mengenai produk itu berubah," katanya. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli