Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tahukah Anda Kemuka MC Palsu Boleh Jadi Kesalahan Rasuah?





Rupa-rupanya menjadi satu kesalahan rasuah bagi mana-mana individu yang mengemukakan tuntutan palsu bagi sijil sakit (MC).

Hal itu didedahkan oleh Pegawai Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Tarmize Abdul Manaf yang menyatakan bahawa MC palsu boleh disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

"Selain daripada itu, tahukah anda bahawa mengemukakan sijil saksi atau MC boleh menjadi kesalahan rasuah? Ia merupakan kesalahan di bawah kategori mengemukakan tuntutan palsu.

"Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana ia boleh termasuk dalam kesalahan tersebut? Ada juga yang secara sinis berkata, “Adakah terdapat kes sebenar yang berlaku? Atau sekadar teori akademik?”," demikian memetik penulisannya di blog ourdifferentview.com baru-baru ini.

Tarmize memberi contoh bagaimana satu kes dalam rekod SPRM di mana seorang tertuduh didakwa memberikan MC palsu selama dua hari dan masih mendapat gaji yang penuh.

Selepas didapati bersalah kerana hakim mengekalkan sabitan sementelah pesalah menerima gaji penuh, tertuduh kemudiannya diarah untuk membayar semula duit gaji yang diterimanya selama dua hari itu, selain denda lain.

Sementara itu sepanjang 2014 lalu, dapatan daripada Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia mendapati majikan menanggung kerugian sebanyak RM2.9 bilion setahun kerana perlu membayar upah lebih masa kepada pekerja yang menggantikan pekerja yang cuti sakit. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli