Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tahan Derita Hampir Sejam Selepas Kelopak Mata Tersangkut Di Pagar


Ipoh: Derita sejam apabila seorang kanak-kanak berusia lima tahun terpaksa menahan sakit apabila kelopak matanya tertusuk dan tersangkut dawai besi karatdi Taman Bahagia, Tanjung Rambutan, di sini, petang kelmarin.

Memetik laporan Harian Metro, kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 6.30 petang NurQaleesya Abdullah dikatakan memanjat pagar berdawai di belakang rumah untuk mengambil selipar selapas dicampak oleh adiknya keluar pagar sebelum tertusuk dawai pada mata kanannya sehingga menjadi bengkak dan berdarah.

Nenek mangsa, Raja Khatijah Raja Tan, 59, berkata, ketika kejadian beliau bersama seorang lagi cucunya berusia tiga tahun dan anak jiran yang dijaga sedang berada di ruang tamu terkejut apabila terdengar bunyi jeritan dan tangisan Qaleesya menjerit dari belakang rumah.

“Kebiasaannya saya akan menyuruh cucu berhenti bermain dan masuk ke rumah apabila lewat petang, tapi kali ini dia (Wan NurQaleesya) terlalu seronok bermain di luar dan saya membiarkan dulu.

“Tetapi, apabila mendengar suaranya menangis teresak-esak di belakang rumah, saya terus ke situ dan terkejut melihat besi sudah tercucuk ke matanya dan darah mengalir dengan banyak di pipinya," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli