Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sultan Johor Perkenan Isytihar Nusajaya Ditukar Nama Ke Iskandar Puteri

No Comment

KULAIJAYA:DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar telah berkenan untuk mengisytiharkan Iskandar Puteri sebagai nama baharu pusat pentadbiran negeri bagi menggantikan nama Nusajaya.

Menurut Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim berkata, Sultan Ibrahim juga telah perkenan menggantikan nama dua daerah lain iaitu daerah Ledang kepada Tangkak dan Kulai kepada Kulaijaya.

"Kerajaan negeri sudah meluluskan pertukaran nama itu dan kini dalam proses untuk mewartakannya dan dijangkakan berkuat kuasa Januari tahun depan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia kali ke-4 di sini, semalam. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli