Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

#sukaduka2015: Siti Nurhaliza Kongsi Gambar Ujian Kehamilan Dan Imbasan Ultrasound Bayinya



Buat pertama kalinya, selepas disahkan kandungannya gugur ketika berusia dua bulan, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza berkongsi gambar di laman Instagramnya yang memaparkan imej keputusan ujian kehamilan dan imbasan ultrasound janinnya.


Seperti yang ramai pihak ketahui, ketika disahkan mengandung, Siti enggan bercerita mengenai khabar gembira itu memandangkan ia masih baru.


Peminat hanya berteka-teki, melihat kepada saiz badannya yang sedikit berisi dan posting di laman Instagram berkenaan susu kambing dan kurma.

Semestinya ia satu khabar gembira buat Siti dan suami, Datuk Khalid Jiwa yang menantikan kehadiran cahaya mata selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Namun rezeki untuk memperolehi anak tidak berpanjangan selepas penyanyi itu disahkan keguguran.
Video kiriman SitiNurhaliza Tarudin (@ctdk) pada

Perkongsian Siti pada malam tadi mengundang simpati di kalangan peminatnya dan mendoakan yang terbaik buat penyanyi berkenaan.

Melalui video yang dimuatnaik Instagramnya, Siti turut berkongsi kenangan sepanjang tahun 2015, seperti kenangan bersama Allahyarhan Tunku Jalil, konsert tiga suara dan perkahwinan anak tirinya. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli