Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

SPRM Sahkan Pegawainya Telah Dihantar Bertemu Penderma RM 2.6 Billion



KUALA LUMPUR, 7 Dis: Suruhanya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan pihkanya telah menghantar pegawai ke Timur Tengah untuk mengadakan pertemuan dengan penderma dana kontroversi RM 2.6 billion.

Menurut Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki, satu laporan akan dikemukakan oleh pihaknya kepada Peguam Negara setelah siasatan selesai.

"Bagaimanapun SPRM tidak boleh mendedahkan hasil pertemuan itu kerana siasatan masih berjalan, jika ada perkembangan terkini SPRM akan maklumkan dari semasa ke semasa," katanya memetik laporan Bernama.

SPRM sebelum ini mengesahkan dana RM2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah sumbangan dari penderma Timur Tengah. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli