Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Serangan Terhadap Syria Satu 'Perangkap', kata Jurnalis Bekas Tawanan Isis


Nicolas Hénin, seorang jurnalis yang ditahan oleh ISIS selama 10 bulan berkata serangan terhadap Syria adalah satu 'perangkap'.

Menurut Henin di dalam satu video kempen untuk Syria, menggugurkan bom di Syria bukan jawapan untuk menamatkan ISIS malah menguatkan lagi ISIS.

Henin berkata tindakan tersebut akan menyebabkan tempat yang terkena bom itu jatuh ke tangan ISIS.

"Kenapa kita membuat banyak kesilapan di kawasan itu? Kita sedang memenangkan lawan kita", katanya.

Henin menjelaskan pengikut ISIS melihat dunia ini sebagai dunia parallel. Salah seorang militan menyifatkan dirinya baru sahaja dibebaskan dari 'The Matrix". Mereka percaya dunia ini sedang menuju ke arah "konfrontasi global" dimana 80 gabungan tentera akan menyerang satu tentera umat Islam.

"Mereka mengikuti berita dengan cukup rapat. Setiap perkara yang terjadi di dunia - mereka akan melihatnya sebagai satu pengesahan kepada kepercayaan mereka", kata Henin. -

Selain itu Henin juga percaya Isis tidak suka melihat pelarian Syria diterima oleh barat kerana itu merosakkan mesej propaganda mereka.

"Selepas melarikan diri dari Syria untuk ke tanah 'unbelievers. Kita menyaksikan pelarian-pelarian ini diterima dengan baik dan kata-kata tentang kebencian barat terhadap Muslim adalah satu penipuan.

"Dan ini sebabnya mengapa mereka cuba memanipulasi orang awam ketika serangan Perancis. Untuk membuatkan kita menutup sempadan kita, dan mungkin lebih penting, menutup minda kita.

"Serangan terhadap ISIS adalah satu perangkap. Pemenang peranng ini bukannya pihak yang mempunyai senjata terkini, mahal dan canggih, tapi pihak yang berjaya memenagi hati penduduk", kata Henin. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli