Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Semak Harga Minyak Tiap-Tiap Minggu", gesa Persatuan Pengusaha Stesen Minyak



PETALING JAYA, 24 Dis: Persatuan Pengusaha Stesen Minyak menggesa agar kerajaan menyemak semula harga bahan api pada setiap minggu kerana sistem apungan bulanan yang diguna pakai sekarang boleh menyebabkan kerugian yang besar.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, pengusaha stesen minyak mengadu bahawa sistem yang diguna pakai sekarang ini memberi kesan terhadap bekalan bahan api.

Beliau juga berkata, kini syarikat minyak akan mengagihkan bekalan minyak berdasarkan ramalan harga bahan terbabit.

"Kebanyakan syarikat minyak sekarang menggunakan peluang ini dengan menghantar bekalan kepada pengusaha stesen minyak dalam jumlah yang banyak pada akhir setiap bulan jika mereka menjangkakan harga akan turun pada bulan seterusnya.

"Jika harga minya dijangka naik pula, syarikat akan mengurangkan bekalan," katanya hari ini.

Johari turut berkata, jika perkara ini tidak diuruskan dengan baik, ia boleh menyebabkan lebih 3,200 pengusaha stesen minyak seperti Petronas, Shell, Caltex, Petron dan BHP mengalami kerugian sebanyak 70%.

Bagi mengelak masalah tersebut dari berlaku, pengusaha yang terlibat menyarankan agar harga minyak disemak setiap minggu dengan perbezaan harga maksimum lima sen supaya tidak wujud jurang yang terlalu besar berbanding kadar terdahulu.

"Langkah ini akan memberi manfaat kepada pengguna, pengusaha dan syarikat minyak tidak kira berapa harga bahan api itu di pasaran," katanya sebagaimana lapor mStar Online. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli