Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jom Beli Sandwich, Bubur Ayam, Mee Goreng. 20 sen Sahaja!

4 ulasan
Selain sandwich, usahawan cilik ini turut menjual pelbagai lagi makanan seperti nasi bubur dan mee goreng pada harga yang sama.

Kuala Lumpur: Jika sebelum ini kisah seorang lelaki yang menjual donut dengan harga 10 sen menjadi viral, kini timbul pula kisah viral tentang sandwich yang dijual dengan harga serendah 20 sen.

Baca :Kesan Donut 10 Sen : Bukan Donut je Laris, Empunya Badan Pun Laris

Niat saya hanya untuk tolong orang susah dan tidak peduli dengan untung atau rugi,” kata seorang anak usahawan, Iman Sufiah Muhamad Taufik, 10.

Memetik laporan Harian Metro, kisah sandwich 20 sen ini menjadi viral sejak Sabtu lalu apabila gambar Iman Sufiah menjual sandwich telur tersebar.

Saya buat semua ini untuk kebajikan, tetapi terkejut apabila ramai yang menjadikan situasi itu sebagai bahan bualan sehinggakan ada yang membeli barang jualan kami dalam kuantiti yang banyak.

Semuanya bermula selepas saya melihat cerita orang susah yang banyak dipaparkan di televisyen, laman Facebook dan Internet. Hati saya cepat tersentuh dan kasihan melihat mereka kerana tidak mampu untuk membeli makanan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Lebih mengujakan, bukan sahaja sandwich telur yang dijual. Sufiah yang ditemani adinya, Iman Ayeisha Muhamad Taufik, 8, turut menjual bubur ayam, dadih, cekodok pisang dan mi goreng dengan harga yang sama sejak memulakan perniagaan amal itu pada 9 Disember lalu di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Damansara.

Sekiranya makanan-makanan yang dijual tidak habis, kedua beradik ini akan mengagihkan makanan-makanan tersebut kepada orang awam di Pasar Besar TTDI secara percuma.

Sufiah berkata, mereka hanya menyediakan sebanyak 150 bungkus makanan setiap hari dan projek amal ini adalah projek cuti sekolah yang dijalankan setiap tahun sejak dia berumur 7 tahun lagi.

Ibu kepada usahawan cilik ini, Sitir Nurhuda Samsudin, 35, berkata dia memberi sokongan penuh kepada anaknya selain berharap anak-anaknya dapat belajar erti kehidupan serta nilai memberi kepada yang susah.

"Saya tidak menghalang apa sahaja kehendak anak dan sentiasa memberi semangat kepada mereka.

"Saya tahu harga yang dijual itu murah dan tidak mendatangkan untung tetapi untuk beramal, niat itu perlu ikhlas," katanya - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 4 ulasan )
  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Alhamdulilah. Ini antara langkah untuk didik anak anak agar pandai berurusniaga, berniaga dan cari rezeki sendiri. Bukan kerana kita sebagai ibubapa tak berikan mereka duit yang cukup tapi ini lebih kepada pendidikan awal keusahawanan.
    Beruntung wahai ibubapa anak anak ini. niat yang baik dan ikhlas juga membantu dan mengajar mereka untuk beribadah kepada allah. "Kenapa tidak bagi percuma sahaja?". Rm0.20 untuk setiap makanan yang mereka jual itu sudah cukup untuk mereka. Ikhlas mereka untuk menjual dengan harga yang murah, agar mereka yang tidak berkemampuan untuk beli dgn harga yang lebih dari RM0.20 boleh rasa apa yang kita semua rasa. Dan wang yang mereka perolehi kita sendiri tak pasti apa mereka akan lakukan. Mungkin mereka akan dermakan, atau mungkin sebagai modal utk keesokkannya pula. Fikir positif wahai hamba ALLAh.

    Insha allah, mana tahu dengan apa yang mereka lakukan ini. Pusing² wang itulah yang membantu anda satu hari nanti. Kita tak tahu kan?

    Good job anak anak ini.

    BalasPadam
  3. bagus,,biasakan anak-anak menyelami keperihan orang lain..

    BalasPadam
  4. bagus,,biasakan anak-anak menyelami keperihan orang lain..

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli