Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Scha Al-Yahya Terkilan Ada Pihak Bandingkan Lara Dan Aaisyah




Pelakon Scha Al-Yahya mengakui 'tak seronok' apabila ada pihak tertentu, di kalangan peminat cuba membandingkan anaknya, Lara Alana dengan anak Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana.

Ujar Scha, kedua-dua kanak-kanak itu masih kecil dan peminat tidak perlu terlalu taksub walapun menyukai dan sering mengikuti perkembangan anak-anak mereka.

“Sudah tentulah, tiada persaingan di antara mereka. Kenapalah perkara ini harus terjadi? Kasihan. Mereka bayi lagi dan masih kecil. Saya tidak nafikan, peminat memang banyak membantu, tetapi apabila terjadi perkara ini, saya sendiri rasa tidak seronok”

“Ya, saya tahu ramai peminat menyukai Lara dan Aaisyah, tetapi janganlah terlalu taksub," katanya.

Lara dan Aaisyah yang mempunyai ramai pengikutnya tersendiri di akaun media sosial Instagram yang sering memaparkan aksi-aksi comel dan rutin harian mereka.

Scha juga meminta isu sebegini tidak lagi timbul pada masa akan datang. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli