Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saya Tetap Sayang Siti Sampai Ke Syurga," -Dato' K





Redha dengan ujian yang menimpa mereka sekeluarga, Dato' Khalid Mohamad Jiwa meluahkan tetap menyayangi isterinya, Datuk Siti Nurhaliza.

“Apa sekalipun yang berlaku, saya tetap me­nyayangi Siti sampai ke jannah (syurga), saya cintakan dia sehingga ke hujung nyawa saya," demikian menurutnya sebagaimana memetik Utusan Online.

Ujarnya, dia dan Siti redha dengan ketentuan Allah SWT dan memberitahu masih boleh berusaha untuk memperolehi cahaya mata.

Siti sebelum ini disahkan hamil pada 13 November lalu, ketika kandungannya berusia dua bulan.

Namun rezeki untuk beroleh anak tidak kesampaian apabila Siti disahkan keguguran pada 26 November lalu.

Penyanyi itu kini sedang berpantang di rumah dan akan meneruskan aktiviti seninya seperti biasa selepas ini. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli