Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

RM 2.6 Billion : Penderma Tidak Harapkan Balasan - Najib


KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Najib Razak dalam satu pengakuan berkata penderma dana politik yang berjumlah RM2.6 billion tidak mengharapkan sebarang balasan.

Najib yang juga Perdana Menteri Malaysia membuat pengakuan itu pada sesi taklimat tertutup di hadapan lebih 5,000 perwakilan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015.

Pengakuan itu dimaklumkan oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau nyatakan pihak yang memberikan derma dalam dana politik berkenaan not expecting in return, tidak memerlukan sebarang pulangan daripada sumbangan yang diberikan itu.

Beliau juga nyatakan mana-mana parti politik memerlukan dana, dana sebagai alat dan bukan matlamat,” katanya pada sidang media selepas taklimat itu sebagaimana memetik laporan mStar Online.

Tambah Zahid lagi, dakwaan penyelewengan membabitkan syarikat 1MDB menambahkan cabaran ekonomi yang terpaksa dihadapi kerajaan kerana apa yang ditimbulan adalah berdasarkan fakta yang tidak benar.

Datuk Seri Najib menyatakan bahawa beliau perlu membetulkan fakta-fakta yang telah diselewengkan oleh serangan-serangan yang pelbagai, terutamanya apabila seorang tokoh menyatakan bahawa negara ini akan menjadi miskin dan rakyat menjadi pengemis.

Mengenai dana RM2.6 bilion, walaupun perkara ini dijelaskan banyak kali, presiden terpaksa jelaskan lagi secara rasmi kepada perwakilan malam ini.

Rasional yang diberikan itu memang terbukti sebagai sesuatu yang tidak melibatkan wang 1MDB atau wang rakyat. Hal ini dijelaskan dengan cukup panjang lebar,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli